Masalah belia sangat diutamakan oleh kerajaan Malaysia melalui pelbagai program. Pada 29 Jun 2009, bertempat di Kompleks Sukan Batu 5 Sandakan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Sandakan (PBSS) telah mengadakan kursus keusahawanan untuk belia yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Salah satu daripada persatuan belia yang menghadiri kursus tersebut ialah Persatuan Belia Kampung Bahagia.
Kursus ini memberi satu jalan kepada belia yang hendak memajukan perniagaan dan mendapat informasi cara-cara menjalankan perniagaan dalam kaedah yang betul. Selain itu para belia yang menghadiri telah digalakkan membuat pinjaman sebagai modal permulaan atau penambahan modal.
Kerajaan memberikan bantuan modal kepada para usahawan yang telah menjalankan perniagaan sebanyak RM 3000. Bantuan ini bertujuan untuk memajukan perniagaan para belia. Informasi selanjutnya menganai pinjaman dan bantuan tersebut berhubunglah terus kepada pegawai PBSS.
Diharapkan para belia Kampung Bahagia dan secara keseluruhannya mendapat ilmu perniaagaan dan menjadi usahawan yang Berjaya di masa akan datang.
Welcome
Mini Karnival Bersama DiGi dengan kerjasama Belia Kampung Bahagia.
19 July 2009, Ahad
19 July 2009, Ahad
Blogroll
Labels
- Belia Enterprais (1)
Jul
11
Labels:
Belia Enterprais
comments (0)
Subscribe to:
Posts (Atom)